Ancaman Shiv Sena My_Name_Is_Khan

Ramai pemilik panggung wayang di negeri Maharashtra, Barat India bimbang dengan ancaman parti Shiv Sena, iaitu kumpulan nasionalis Hindu. Akhbar The Hindu melaporkan Presiden Pune Film Exhibitors Association, Sadanand Mohol bimbang dengan keselamatan penonton dan pemilik pawagam.

Puncanya selepas Shah Rukh Khan mahukan pemain Pakistan dimasukkan dalam liga kriket India - Indian Premier League, yang akan datang.

Majoriti penduduk negara Pakistan adalah Islam sementara penduduk India beragama Hindu. India berpecah kepada Pakistan, kemudian Bangladesh pada 1947. Shah Rukh Khan, Salman Khan, Amir Khan dan ramai lagi pelakon Bollywood beragama Islam. Bal Thackeray selaku pemimpin Shiv Sena telah mengoyak poster, merosakkan panggung wayang dan membakar patung kertas pelakon Shahrukh Khan. Pelakon itu enggan meminta maaf kerana yakin tidak bersalah dan meminta dibukti bersalah dalam kenyataannya sebelumnya.

Polis menyediakan 21,000 anggota polis berkawal di Mumbai. 2000 aktivis Shin Sena telah ditahan kerana rusuhan mudah tercetus sebagaimana gambaran dalam filem Slumdog Millionaire.[3] Pelampau Hindu mengoyakkan poster dan membaling batu ke arah panggung wayang. Sementara penganut Islam gembira dengan penayangan filem itu di 60 buah panggung di Mumbai, ibu negara hiburan di India.